skip to main |
skip to sidebar
My Grandma.. I'm Glad to be with her in my life
My grandma, yang telah membesarkan saya sejak dari kecil lagi.. saya dijaga oleh nenek saya, disebabkan ibubapa saya pergi melanjutkan pelajaran. nenek saya telah memberikan kasih sayang sepenuhnya. Dia selalu memberi nasihat dan motivasi kepada saya untuk membesar dengan penuh disiplin dan kuat percaya kepada Tuhan. Didikan beliau telah membentuk akhlak saya dengan sempurna. Didikannya menempatkan saya diantara pelajar yang terbaik dan seimbang dalam apa sahaja bidang. Nenek saya seorang penyabar.. dia telah dilahirkan pada 7 November 1929, Tarikh kelahirannya adalah tepat kerana keluarga nenek saya ini juga keluarga yang sempurna dan berdisiplin..ibubapanya tidak mengabaikan mereka dari kecil lagi. Nenek selalu memberi disiplin dan memperingatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mahir dalam pelbagai aspek iaitu kepimpinan. Hasil daripada didikan beliau dan juga nasihat daripada ibubapa saya menjadikan saya diantara pelajar yang berdisiplin dan serba boleh.. saya bukan ingin diberi perhatian tapi memang realiti. Realiti kehidupan saya bukanlah pelajar yang cemerlang 100% dalam bidang akademik, tetapi saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab saya sebagai anak, pelajar, dan pemimpin. Realiti kehidupan saya adalah insan serba boleh iaitu sedia menghadapi apa sahaja cabaran dan mencari kemahiran yang bersesuaian dengan diri saya. Saya mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang bertanggungjawab dalam apa sahaja tugas yang akan diberikan kepada saya.
No comments:
Post a Comment