Tuesday, June 24, 2008
Today is not a great life for me
Saya sebagai seorang rakyat malaysia yang rasional amat memahami sebab kanaikan harga minyak.Tetapi yang buat saya kurang senang ialah sikap kerajaan yang seolah olah cuba memperbodohkan rakyat.Kerajaan harus sedar yang orang Malaysia bukan macam dulu lagi. Dulu bolehlah gunakan pihak media yang tiada pendirian dan hanya seperti lembu dicucuk hidung. Tapi sekarang segala informasi berada dihujung jari kita.Dalam alam cyber begini, kerajaan harus faham yang mengawalpihak media hanya akan membuatkan rakyat ketawa dan marah. Sikap putar belit kerajaan jelas dilihat bila kita bandingkan maklumat dalam internet yang lebih jelas dan siap dengan gambar. So,kerajaan tak boleh lagi lari kemana mana.Berkaitan duit RM2B yang dapat dijimatkan dengan memotong alaun karaia dan mengawal kunjungan keluar negara, saya tak rasa rakyat akan diam dengan keterangan itu kerana bagi saya, kalau RM2B dapat dijimatkan maknanya berapa kah jumlah sebenar wang yang dihabiskan untuk benda benda yang kurang penting kalau dibandingkan dengan kejatuhan taraf hidup yang bakal berlaku. Yang miskin akan jadi lebih miskin dan yang sederhana pun akan jadi miskin. Yang kaya terutamanya ahli perniagaan terus meletakkan beban kanaikan harga minyak keatas penguna.